Celik Huruf OHG

Celik huruf bagi OHG adalah merupakan hasil dari sumbangan biara terutamanya Biara St. Gallen, Pulau Reichenau dan Fulda. Asal-usulnya itu terletak pada pengasasan Gereja Jerman oleh Saint Boniface pada pertengahan abad ke-8 masihi dan ia digalakkan lagi semasa Kesedaran Carolongia pada abad ke-9 masihi. Pengabdian kepada pemeliharaan puisi epik OHG dalam kalangan sarjana semasa Kesedaran Carolingia sangatlah besar berbanding dengan yang boleh diduga dari teks yang sedikit sangat terselamat pada hari ini iaitu kurang daripada 200 baris secara keseluruhannya dalam Hildebrandslied dan Muspilli.

Einhard menceritakan mengenai bagaimana beliau diperintahkan oleh Charlemagne untuk mengutik epik yang berada di situ untuk tatapan generasi akan datang. Generasi baru yang mengabaikan pemeliharaan teks tersebut atau taksub dengan agama menyebabkan rekod-rekod tersebut hilang. Louis yang Alim, pewaris Charlemagne memusnahkan himpunan puisi epik kepunyaan ayahandanya kerana unsur pagan yang terdapat di dalamnya.

Rabanus Maurus, pelajar kepada Alcuin dan paderi di Fulda pada tahun 822 masihi merupakan penyokong penting dalam menggiatkan kesusasteraan Jerman. Antara pelajar beliau yang terkenal adalah Walafrid Strabo dan Otfrid Weissenburg.

Menjelang penghujung zaman OHG, Nitker Labeo (t. 1022) merupakan antara ahli gaya bahasa Jerman yang terkenal dalam memperkembang lagi sistem ortografi atau ejaan bahasa Jerman yang tersusun.

Bacaan penting untuk tajuk ini adalah seperti berikut:

  • Sumpah Strassbourg
  • Kristian Jerman
  • Mubaligh Anglo-Saxon
Sekian dahulu untuk tajuk ini, terima kasih.