Get Germanized - Pelajaran 1

Hallo dan willkommen bei "Bahasa Jerman untuk Pemula" pelajaran 1. Siri ini adalah langkah pertama kita untuk menguasai bahasa Jerman. Menjelang penghujung siri ini, kita akan memahami perbualan, pertunjukan televisyen dan teks ringkas berbahasa Jerman. Sepanjang siri ini juga, kita akan terdedah kepada kehidupan harian di Jerman dan kebudayaannya. 

Rancangan ini akan mengesyorkan muzik popular di Jerman, buku, filem dan laman sesawang yang akan mencelupkan kita ke dalam kebudayaan Jerman di mana sahaja kita berada di dunia. Buat masa sekarang, marilah bermula dengan permulaan bagi setiap bahasa iaitu alfabet. 

Das Alphabet

Alfabet Jerman kelihatan sama dengan alfabet bahasa Inggeris namun sebutannya agak berbeza. Bahasa Jerman juga mempunyai beberapa alfabet tambahan yang akan diajari kemudiannya. Marilah bermulah: 

  • A - der Apfel Epal
  • B - der Ball Bola
  • C - die Chemie Kimia
  • D - das Datum Tarikh
  • E - das Eis Air Batu
  • F - der Film Filem
  • G - der Geist Hantu
  • H - das Haus Rumah
  • I - der Igel Landak
  • J - der Jäger Pemburu
  • K - der Kaffee Kopi
  • L - das Land Tanah
  • M - die Meerjungfrau Duyung
  • N - die Nummer Nombor
  • O - der Opa Datuk
  • P - der Park Taman
  • Q - die Qualle Obor-Obor
  • R - die Regen Hujan
  • S - die Sonne Matahari
  • T - der Tee Teh
  • U - die Uhr Jam
  • V - die Vögel Burung
  • W - die Welt Dunia
  • X - das Xylophon Xilofon
  • Y - der Yeti
  • Z - der Zug Kereta Api