Kursus Bahasa Jerman Asas

 


Kursus ini aku ambil semasa aku belajar di peringkat master dalam bidang Pentadbiran yang memfokuskan kepada Kesatuan Eropah (EU) di Universiti Sains Malaysia (USM). Guru bahasa Jerman di USM pada ketika itu cuma seorang sahaja iaitu Puan Mayer. Ia dijalankan dua kali dalam 15 minggu. 

Matlamat kursus ini adalah untuk membolehkan orang dewasa yang baru belajar bahasa Jerman berkomunikasi. Ia berguna di beberapa tempat dan ketika iaitu:
  • pejabat atau tempat bekerja;
  • mengembara atau melancong di negara-negara berbahasa Jerman;
  • berkomunikasi dengan rakan-rakan yang berbahasa Jerman; dan
  • belajar di negara-negara berbahasa Jerman dalam program antarabangsa.
Pelajar akan didedahkan dengan pelbagai situasi yang boleh didapati di negara-negara berbahasa Jerman serta diberikan peluang untuk membandingkannya dengan pengalaman mereka sendiri. Mengikut tahap A1 Rangka Kerja Rujukan Umum Eropah (Common European Reference Framework), pelajar akan diajar untuk berkomunikasi dalam kehidupan harian seperti biasa, memahami teks-teks dan perbualan ringkas serta menulis nota pendek dalam bahasa Jerman.
Halaman ini digunakan untuk pendidikan yang tidak berasaskan keuntungan dan menjadi tempat aku menyimpan nota sebagai rujukan peribadi aku sahaja. Terima kasih.