Loghat Old High German

 

Tiada sebarang OHG yang piawai atau kepelbagaian yang melampaui batasan rantau untuk bahasa ini. Setiap teks itu ditulis dalam loghat yang tertentu atau dalam sesetengah kes itu loghat yang pelbagai bercampur aduk. Secara meluas, perpecahan loghat utama OHG nampaknya serupa dengan yang terdapat pada zaman seterusnya. Bahasa-bahasa itu didasarkan di atas penggolongan jajahan dan kesan Perubahan Suara Kedua, yang masih lagi berpengaruh sehingga ke hari ini.

Namun kerana bukti terus untuk OHG hanya terdiri daripada manuskrip yang diterbitkan dalam beberapa institut kegerejaan utama, maka tiada maklumat isogloss untuk menempatkan di mana loghat moden boleh ditempatkan untuk dirujuk kepada OHG dalam peta loghat/ Untuk sebab imi, loghat-loghat Jerman ini boleh diistilahkan sebagai "Klosterdialekte" atau "loghat biara".

Loghat utama, dengan keuskupan dan biara adalah seperti berikut: 

  • Jerman Tengah
    • Franconia Timur: Fulda, Bamberg, Würzburg
    • Franconia Tengah: Trier, Echternach, Cologne
    • Franconia Rhine: Lorsch, Speyer, Worms, Mainz, Frankfurt
    • Franconia Rhine Selatan: Wissembourg
  • Jerman Atas
    • Alemannic: Murbach, Reichenau, Sankt Gallen, Strasbourg
    • Bavaria: Freising, Passau, Regensburg, Augsburg, Ebersberg, Wessobrunn, Benediktbeuern, Tegernsee, Salzburg, Mondsee

Sebagai tambahan, terdapat dua lagi loghat yang tidak dapat dipastikan dengan jelas penggolongannya iaitu:

  • Thuringia seperti yang disaksikan hanya dalam empat prasasti runi dan beberapa gloss yang mungkin.
  • Langobardi yang merupakan loghat orang Lombard yang menakluki Itali Utara pada abad ke-6 masihi. Sedikit sekali bukti yang tinggal selain daripada nama serta perkataan tunggal dalam teks Latin serta beberapa prasasti runi. Ia mula berhenti digunakan selepas penaklukan ke atas Kerajaan Lombard oleh puak Frank pada tahun 774 masihi. Ia dikelaskan sebagai bahasa Jerman Atas dengan asas bahawa ia menyaksikan Perubahan Suara Kedua.
Kesinambungan kewujudan loghat Frank Barat di rantau Barat Francia yang diromawikan itu pun tidak dapat dipastikan. Dakwaan bahawa ia mungkin menjadi bahasa istana Carolingia atau seperti yang disaksikan dalam Ludwigslied, yang kehadirannya dalam manuskrip Perancis mencadangkan kedwibahasaan itu masih lagi bersifat kontroversi atau kabur.