Pengenalan Bahasa Jerman Tinggi Lama

Bahasa Jerman Tinggi Lama atau Old High German (OHG) disebut sebagai Althochdeutsch (Ahd.) dalam bahasa Jerman, adalah merupakan tahap terawal dalam bahasa Jerman. Ia umumnya merangkumi tempoh dari tahun 750 sehingga tahun 1050. Tiada bentuk bahasa Jerman yang piawai atau bentuk yang melampaui rantau pada tempoh ini. Oleh itu, OHG menjadi istilah payung untuk sekelompok loghat bahasa Jerman Barat yang telah melalui perubahan konsonan yang disebut sebagai the Second Sound Shift atau Perubahan Suara Kedua.

Pada permulaan abad ini, loghat-loghat utama dituturkan oleh penduduk kerajaan puak yang bebas namun menjelang tahun 788 berlaku penaklukan Charlemagne yang menjadikan semua loghat OHG ke dalam satu politi yang sama. Tempoh ini juga menyaksikan perkembangan sempadan linguistik yang stabil antara bahasa Jerman dan bahasa Perancis. Teks OHG yang terselamat semuanya ditulis dalam scriptoria kebiaraan. Hasilnya, kebanyakan teks tersebut bersifat keagamaan atau sekiranya bersifat sekular, ia tergolong dalam kebudayaan kesusasteraan Kristian yang dilatinkan.

Teks bertulis terawal sekali dalam OHG, terjemahan glos dan terjemahan interlinear dari teks Latin muncul dalam separuh terakhir abad ke-8 masihi. Kepentingan pihak gereja dalam penerbitan teks dan kegiatan mubaligh yang meluas dalam tempoh ini turut meninggalkan pengaruh besar ke atas perbendaharaan kata OHG, dengan kebanyakan perkataan pinjaman serta perkataan baru yang dicipta mewakili perbendaharaan kata bahasa Latin yang digunakan dalam gereja.

OHG memelihara sistem infleksi sintetik yang diwarisi dari bahasa Germanic namun pada pengakhir tempoh ini ia ditandakan dengan perubahan suara yang mengganggu corak infleksi ini. Hal ini seterusnya menyebabkan tatabahasa bahasa Jerman menjadi lebih berbentuk huraian. Dalam sintaksis, perubahan paling penting adalah perkembangan kala perifrastik baru yang digunakan untuk mengungkapkan bentuk kala hadapan serta pasif.

Pentarikhan Zaman

Zaman OHG umumnya ditarikhkan mengikut Willhelm Scherer, dari antara tahun 750 sehingga sekitar tahun 1050. Permulaan zaman ini menyaksikan permulaan tradisi bertulis OHG pada awalnya hanya dengan glos, kemudian dengan terjemahan substansi dan karangan asal menjelang abad ke-9 masihi. Walau bagaimanapun, hakikat bahawa Perubahan Suara Kedua yang menjadi ciri yang mendefinisikan OHG boleh jadi bermula seawal abad ke-6 masihi dan sempurna menjelang tahun 750 masihi yang bermaksud sesetengah orang memandang abad ke-6 masihi sebagai permulaan zaman ini. Selain itu, istilah seperti Voralthochdeutsch (pra-OHG) atau vorarliterarisches Althodeutsch (OHG pra-kesusasteraan) kadang kala digunakan untuk abad sebelum tahun 750 masihi. Tanpa mengira peristilahan, semua orang mengiktiraf perbezaan antara zaman pra-kesusasteraan dan permulaan kesinambungan tradisi teks bertulis sekitar pertengahan abad ke-8 masihi.

Pendekatan yang berbeza diambil juga untuk kedudukan bahasa Langobardic. Bahasa Langobardic adalah adalah bahasa Germanic Elbe dan juga sejenis loghat bahasa Jerman Atas. Ia menunjukkan bukti awal berlaku Perubahan Suara Kedua. Untuk sebab ini, sesetengah cendekiawan bahasa melihat bahasa Langorbardic sebagai sebahagian daripada OHG namun tanpa teks yang terselamat kecuali dengan beberapa perkataan khusus serta nama-nama dalam teks berbahasa Latin. Penuturnya pun mula meninggalkannya menjelang abad ke-8 masihi. Cendekiawan bahasa yang lain pula meninggalkan terus perbincangan mengenai bahasa Langobardic apabila menyebut mengenai OHG. Seperti yang diperhatikan oleh Heidermanns, pengecualian bahasa ini dalam perbincangan didasarkan hanya semata-mata kepada keadaan pemeliharaan bahasa itu secara luaran dan bukan secara dalaman.

Pengakhiran zaman OHG ini menyaksikan kekurangan kontroversi. Perubahan bunyi dalam ejaan menjelang abad ke-11 masihi membawa kepada penyusunan semula seluruh sistem kata nama dan adjective declensions atau penurunan kata sifatnya. Terdapat juga "kekurangan teks yang berkesinambungan" selama 100 tahun selepas kematian Notker Labeo pada tahun 1022. Pertengahan abad ke-11 masihi pula diterima secara meluas sebagai tempoh yang menandakan perubahan dari Old High German (OHG) ke Middle High German (MHG) atau bahasa Jerman Pertengahan.