Rantau Jajahan Puak Jerman

Semasa Zaman Penghijrahan, puak yang bertutur Bahasa Jerman Tinggi menetap di kawasan yang kini dikenali sebagai Alamannia, Jajahan Bavaria dan kerajaan Lombardi. Pada masa yang sama, puak yang bertutur bahasa Franconi menetap di kawasan antara dua sungai sebelum melintasi Rhine menakluki Gaul Utara di bawah Merongivia, mengasaskan kerajaan Francia yang seterusnya merentang sehingga ke Loire. OHG mengandungi loghat-loghat kelompok ini yang melalui Perubahan Suara Kedua pada abad ke-6 masihi. Puak-puak tersebut adalah Germanic Elbe dan Germanic Weser-Rhine.

Puak Frank di bahagian barat Francia (Nuestria dan barat Austrasia) menerima pakai bahasa Gallo-Romance secara perlahan-lahan menjelang bermulanya zaman OHG, dengan sempadan linguistik kemudian ditetapkan di sepanjang Meuse dan Moselle di timur, dan sempadan utara kemungkinannya sedikit ke selatan berbanding dengan sempadan terkini antara Perancis dan Vlam. Di utara garisan ini, puak Frank mengekalkan bahasa mereka namun ia tidak terkesan dengan Perubahan Suara Kedua, yang memisahkan kepelbagaian Franconi Rendah mereka (nenek moyang bahasa Belanda) dari loghat-loghat Franconi ke timur yang membentuk sebahagian daripada OHG.

Puak Saxon dan Frisia di sepanjang pantai Laut Utara juga tidak terkesan dengan Perubahan Suara Kedua dan golongan isogloss dalam lokasi yang sama dengan garisan Benrath menandakan had Utara perubahan bunyi serta memisahkan loghat Franconi dari bahasa Saxon Tua.

Di selatan, puak Lombardi yang menetap di Itali Utara, mengekalkan loghat mereka sehingga penaklukan Charlemagne pada tahun 774 masihi. Selepas ini, populasi berbahasa Germanic, yang semenjak itu menjadi dwibahasa mula berubah ke bahasa Romance yang dituturkan oleh masyarakat asal. Oleh itu, bahasa Langobardi pun mati menjelang akhir zaman OHG.

Pada permulaan zaman ini, tiada sebarang bahasa Germanic pun dituturkan di timur garis Kieler Förde ke sungai Elbe dan Saale. Penutur bahasa Germanic yang lebih awal di bahagian Utara kawasan itu telah pun digantikan dengan bangsa Slav. Kawasan ini tidak menjadi kawasan berbahasa Jerman lagi sehingga Ostkolonisation atau perluasan Jerman ke timur pada awal abad ke-12 masihi walaupun beberapa percubaan dan kegiatan mubaligh ada dijalankan di bawah dinasti Ottonen.

Politi Alemmania pula ditakluki oleh Clovis I pada tahun 496 masihi. Dalam penghujung 20 tahun abad ke-8 masihi puak Saxon, Frisia, Bavaria dan Lombardi dikalahkan oleh Charlemagne. Ia membawa semua puak berbahasa Germanic ini ke bawa pemerintahan puak Frank. Walaupun hal ini pada sesetengah tahap menyebabkan berlakunya penyerapan pengaruh linguistik puak Frank, namun bahasa pentadbiran dan Gereja masih lagi Latin. Penyatuan ini tidak membawa sebarang perkembangan pun kepada kepelbagaian melampaui rantau bahasa Frank atau mempiawaikan OHG. Loghat setiap puak itu masih lagi dikekalkan oleh mereka.