Seksyen 1, Unit 3 - Penggunaan Kata Sifat

Panduan

Kata sifat dalam tatabahasa bahasa Inggeris disebut sebagai adjective. Cuba rujuk frasa di bawah bagi memahami penggunaannya.

  • Der Hund ist jung. Anjing itu muda.
  • Ja, die Eule ist klug und nett. Ya, burung hantu itu cerdik dan bagus.
  • Der Bär ist schön. Beruang itu cantik.
  • Oh, meine Katze ist nett! Oh, kucingku bagus!
Sedikit mengenai jantina atau gender dalam bahasa Jerman, ingat bahawa bagi kata nama berjantina lelaki atau maskulin maka contohnya adalah mein Vater atau bapaku, manakala bagi feminin, contohnya meine Mutter atau ibuku.

Kata penunjuk untuk kata nama juga mengikut gender dan terbahagi kepada dua pula. Lihat contoh seperti berikut:
  • die Frau wanita itu
  • der Mann lelaki itu
Bagi feminin maka kita gunakan penunjuk kata nama die, manakala bagi maskulin pula kita akan menggunakan penunjuk kata nama der sebagai rujukan.

Dari segi gender, buka kata nama untuk manusia sahaja yang mengikut gender, ya. Semua perkataan dalam bahasa Jerman sebenarnya mempunyai gender. Contohnya perkataan seperti Bär dan Hund adalah maskulin, manakala Eule dan Katze adalah feminin. Cuba lihat contoh berikut:

Jadi, macam mana kita dapat mengetahui yang mana satu perkataan feminin, yang mana satu maskulin? Malang sekali, tidak semua perkataan ini selalunya logik dek akal. Ia sebenarnya perlu dipelajari. Jadi, apabila kita belajar perkataan bahasa Jerman, sebaik-baiknya hafal terus kata nama itu dengan kata penunjuknya seperti der Bär atau die Katze