Sistem Bahasa OHG

A. Sistem Tulisan

Walaupun terdapat beberapa prasasti runik dari zaman pra-OHG, semua teks OHG lain sebenarnya ditulis dengan menggunakan huruf Latin. Walau bagaimanapun, huruf Latin yang digunakan itu tidak begitu sepadan untuk membunyikan OHG. Hal ini membawa kepada pelbagai jenis ejaan kerana penulis perseorangan dan skriptoria telah mewujudkan jalan penyelesaian mereka sendiri untuk masalah ini.

Otfrid von Weissenburg dalam mukadimah Evangelienbuch beliau mengulas dan memberikan contoh mengenai isu yang timbul semasa mereka menyesuaikan huruf Latin untuk bahasa Jerman, "...sic etiam in multis dictis scriptio est propter literarum qut congeriem aut incognotam sonoritatem difficilis." Maksudnya, "...makanya, dalam kebanyakan ungkapan, ejaan sangatlah sukar kerana berlaku timbunan huruf atau bunyinya yang tidak sesuai." Ortografi OHG yang berhati-hati oleh Isidor atau Notker turut menunjukkan kesedaran yang serupa dengan Otfrid.

B. Fonologi

Carta menunjukkan sistem vokal dan konsonan dalam loghat Franconi Timur pada abad ke-9 masihi. Loghat ini digunakan di biara Fulda dan khususnya OHG Tatia. Kamus dan tatabahasa OHG selalu menggunakan ejaan Tatia bagi menggantikan ejaan piawai yang tulen. Ia mempunyai faedah yang lebih disebabkan ia hampir dengan bentuk perkataan dalam Bahasa Jerman Tinggi Pertengahan atau Middle High German (MHG) dari segi konsonan.