Rabu, 28 Disember 2016

Kursus Bahasa Jerman Asas


Kursus ini aku ambil semasa aku belajar di peringkat master dalam bidang European Union (EU) di Universiti Sains Malaysia (USM). Guru bahasa Jerman di USM itu cuma seorang sahaja iaitu Puan Mayer. Ia dijalankan dua kali dalam 15 minggu. 

Matlamat kursus ini adalah untuk membolehkan orang dewasa yang baru belajar bahasa Jerman berkomunikasi. Ia berguna di beberapa tempat dan ketika iaitu:
  • pejabat atau tempat bekerja;
  • mengembara atau melancong di negara-negara berbahasa Jerman;
  • berkomunikasi dengan rakan-rakan yang berbahasa Jerman; dan
  • belajar di negara-negara berbahasa Jerman dalam program antarabangsa.
Pelajar akan didedahkan dengan pelbagai situasi yang boleh didapati di negara-negara berbahasa Jerman serta diberikan peluang untuk membandingkannya dengan pengalaman mereka sendiri. Mengikut tahap A1 Rangkakerja Rujukan Umum Eropah (Common European Reference Framework), pelajar akan diajar untuk berkomunikasi dalam kehidupan harian seperti biasa, memahami teks-teks dan perbualan ringkas serta menulis nota pendek dalam bahasa Jerman.
Tiada hak cipta dicuri kerana aku menyimpan nota sahaja dalam ini supaya aku boleh merujuk kembali. 

Selasa, 26 Ogos 2014

Nota Lama Belajar Bahasa Jerman

Nota lama aku akan muatkan di sini sahaja. Sila gunakan buku latihan juga supaya boleh ingat dengan lebih lama kerana teknologi internet digunakan hanya sebagai rekod rujukan.
Aku ingin membuat permohonan kerja sebagai Pembantu Pentadbiran di Auswärtiges Amt di Kuala Lumpur. Tarikh permohonan ini tutup adalah pada 15 Ogos 2019 dan tarikh mula bekerja yang mereka inginkan adalah pada 1 September 2019. Aku boleh cuba buat permohonan dahulu walaupun tidak dijamin akan diterima. Buat CV dan juga surat motivasi kemudian scan sekali sijil-sijil untuk rujukan.

Rabu, 23 Julai 2014

Bahasa Jerman Permulaan

 
A. Belajar bahasa Jerman untuk Pemula
 
Untuk bahasa Jerman Permulaan ini, aku menggunakan bahan dari saluran 'Get Germanized' dari arkib audio-visual Youtube. Gambar di atas itu adalah gambar pemilik rancangan bahasa Jerman tersebut. Sebarang pertanyaan lanjut bolehlah terus ditujukan terus dalam saluran beliau. 
Untuk mengakses audio-visual bahasa Jerman ini, sila klik pada pelajaran di sebelah kiri. Jika ingin mengakses bahan bacaan, klik pada tajuk di sebelah kanan pelajaran.

Isnin, 14 Julai 2014

Bahasa Jerman Tinggi Lama

 
Bahasa Jerman Tinggi Lama adalah bahasa yang menjadi nenek moyang kepada bahasa Jerman moden. Jerman di sini merujuk kepada kawasan tengah di selatan Jerman kerana bahasa di sebelah utara Jerman dikenali sebagai bahasa Saxon. Ringkasnya bahasa ini muncul pada abad ke-7 M dan dituturkan sampai ke abad ke-10 M.
Sekian, terima kasih.

Ahad, 13 Julai 2014

Kena Bom!


Lirik berbahasa Jerman, di sini.
Lirik berbahasa Inggeris, di sini.

Sabtu, 12 Julai 2014

Lagu dari Band Equilibrium

 
Equilibrium adalah salah satu daripada kumpulan metal simfoni rakyat di Jerman. Musik mereka menggabungkan elemen muzik rakyat, black metal berirama dan metal simfoni dengan pelbagai jenis pengaruh lagi. Pembuka rangkaian lagu mereka mencerminkan irama tradisional Jerman. Tema lirik mereka selalunya menumpukan kepada kisah rakyat Jerman atau kisah dewa-dewa pagan Jerman. Lagu mereka ini selalunya dinyanyikan dalam bahasa Jerman walaupun baru-baru ini mereka mula mengutamakan bahasa Inggeris dalam lagu-lagu mereka terutamanya dalam album keenam yang berjudul Renegades (2019).
 
Berikut adalah senarai lagu-lagu folk metal berbahasa Jerman dari band Equilibrium.
 Sumber: Arkib Youtube 
 
Senarai lagu seperti yang di atas boleh digunakan untuk menghilangkan rasa kesunyian. Terima kasih kepada diriku yang datang kembali untuk membetulkan halaman ini.